Saturday 29 June 2013

Kos Bunga Pahar

Sekiranya anda mempunyai mase yang lebih dan tahap kerajinan yang konsisten, sila lah DIY! Di samping mendapat kepuasan melihat hasil creativity anda, sudah tentu perbelanjaan anda serba sedikit berkurangan ;) Okay, ni list DIY yang anda boleh lakukan sekiranya anda mempunyai mase lapang. Lagi pun skang ni sume info dan tutorial boleh didapati di hujung jari.. ;) hee~

Bunga Pahar
Kad Jemputan
Hantaran
Papan Tanda Arah
Bunga manggar
Photobooth
Bilik Tidur

Bunga Pahar
Bunga pahar digunakan untuk menyerikan pelamin dan juga sebagai tanda penghargaan kepada tetamu istimewa yang datang terutama kepada mereka yang melakukan upacara merenjis. Ade mcm2 jenis bunga pahar yang orang DIY skang. Contohnye ;

Bunga Pahar Tisu
Bunga Pahar Stokin
Bunga Pahar Dip
Bunga Pahar Kristal
Bunga Pahar Manik
Bunga Pahar Songket

Setiap kos bunga pahar ni berbeza-beza. Kalo ikutkan yang kos yang paling murah adalah bunga tisu. Jadi sila lah pilih mengikut bajet anda ye.. Sekiranya anda ingin memulakan projek DIY bunga pahar, sila ambil perhatian.. Anda perlu membuat senarai barang dan kos perbelanjaan - jangan terlebih beli dan jangan terlalu kurang.. hehe..

Sebagai contoh - senarai barang yang diperlukan untuk membuat bunga pahar tisu ;

Tisu / Crepe Paper
Ikea - sebungkus RM11.90 ade 50 keping
Crepe paper - RM7.90 segulung

Dawai (Size 26)
RM0.70 untuk 1 paket

Lidi Satay
Kedai RM2 pun ade tp cari yg bkualiti skit ea.. Tkt nk cucuk kat pahar nnt patah.. haha

Ribbon 
Macy - 1 bungkus RM10 ade 10 ribbon
Kat Macy sy suggest utk beli ribbon, beads & chain beads je.. yg lain mahal tp bkualiti

Tape Bunga
RM1

Accessories - Net/Chain Beads/Manik
Net - RM3.80 semeter
Chain Beads - RM18.90 (Fah Lean, Balakong)
Ni option - kalo tk letak pun tkpe..

Playar
Daiso - RM5

Gunting
Daiso - RM5

* Entry ini akan di update dari mase ke semasa. Sekian, terima kasih.. hehe

No comments:

Post a Comment