Sunday 30 June 2013

Custom Made Hand Bouquet



Sekiranya anda berminat untuk membuat custom made hand bouquet, sila text or watsapp sy. Tempahan hendaklah di buat sebulan lebih awal dari tarikh collect. Perkhidmatan pos juga akan disediakan ;)


Saturday 29 June 2013

Kos Bunga Pahar

Sekiranya anda mempunyai mase yang lebih dan tahap kerajinan yang konsisten, sila lah DIY! Di samping mendapat kepuasan melihat hasil creativity anda, sudah tentu perbelanjaan anda serba sedikit berkurangan ;) Okay, ni list DIY yang anda boleh lakukan sekiranya anda mempunyai mase lapang. Lagi pun skang ni sume info dan tutorial boleh didapati di hujung jari.. ;) hee~

Bunga Pahar
Kad Jemputan
Hantaran
Papan Tanda Arah
Bunga manggar
Photobooth
Bilik Tidur

Bunga Pahar
Bunga pahar digunakan untuk menyerikan pelamin dan juga sebagai tanda penghargaan kepada tetamu istimewa yang datang terutama kepada mereka yang melakukan upacara merenjis. Ade mcm2 jenis bunga pahar yang orang DIY skang. Contohnye ;

Bunga Pahar Tisu
Bunga Pahar Stokin
Bunga Pahar Dip
Bunga Pahar Kristal
Bunga Pahar Manik
Bunga Pahar Songket

Setiap kos bunga pahar ni berbeza-beza. Kalo ikutkan yang kos yang paling murah adalah bunga tisu. Jadi sila lah pilih mengikut bajet anda ye.. Sekiranya anda ingin memulakan projek DIY bunga pahar, sila ambil perhatian.. Anda perlu membuat senarai barang dan kos perbelanjaan - jangan terlebih beli dan jangan terlalu kurang.. hehe..

Sebagai contoh - senarai barang yang diperlukan untuk membuat bunga pahar tisu ;

Tisu / Crepe Paper
Ikea - sebungkus RM11.90 ade 50 keping
Crepe paper - RM7.90 segulung

Dawai (Size 26)
RM0.70 untuk 1 paket

Lidi Satay
Kedai RM2 pun ade tp cari yg bkualiti skit ea.. Tkt nk cucuk kat pahar nnt patah.. haha

Ribbon 
Macy - 1 bungkus RM10 ade 10 ribbon
Kat Macy sy suggest utk beli ribbon, beads & chain beads je.. yg lain mahal tp bkualiti

Tape Bunga
RM1

Accessories - Net/Chain Beads/Manik
Net - RM3.80 semeter
Chain Beads - RM18.90 (Fah Lean, Balakong)
Ni option - kalo tk letak pun tkpe..

Playar
Daiso - RM5

Gunting
Daiso - RM5

* Entry ini akan di update dari mase ke semasa. Sekian, terima kasih.. hehe

Checklist Persiapan Perkahwinan


6 HINGGA 12 BULAN SEBELUM MAJLIS
  • Pilih tarikh dan waktu bernikah
  • Pilih tarikh dan waktu majlis resepsi dan jamuan makan
  • Pilih tarikh dan waktu majlis bertandang
  • Pilih lokasi majlis
    • Pernikahan
    • Resepsi
    • Bertandang
  • Tetapkan tema majlis
  • Anggarkan jumlah tetamu dan mula kumpul nama tetamu
  • Rancang aturcara majlis
  • Uruskan bajet
  • Hubungi kadhi dan Pejabat Agama Islam
  • Hubungi saksi pernikahan
  • Pilih tempat kursus perkahwinan
  • Tempah lokasi majlis berlangsung
  • Upah perunding majlis perkahwinan
  • Pilih juruandam
  • Pilih pengapit, pengiring serta pengacara majlis
  • Pilih katerer
  • Pilih jurufoto dan juruvideo
  • Pilih kedai bunga serta penghias lokasi majlis
  • Pilih cincin pernikahan
  • Pilih kumpulan persembahan
  • Pilih kek pengantin
  • Bincang rekaan baju
  • Bincang barang hantaran.
  • Pilih penggubah hantaran
  • Rancang destinasi bulan madu
  • Rancang tempat tinggal selepas berkahwin

LIMA BULAN SEBELUM MAJLIS
  • Himpunkan senarai tetamu
  • Tempah baju majlis pernikahan dan resepsi (termasuk aksesori)
  • Tempah destinasi bulan madu
  • Tempah juruandam
  • Tempah penggubah bunga dan penghias lokasi majlis
  • Tempah pengacara majlis / DJ (termasuk PA sistem)
  • Tempah katerer
  • Tempah jurufoto dan juruvideo
  • Tempah kedai bunga serta penghias lokasi majlis
  • Tempah cincin perkahwinan
  • Tempah kek pengantin
  • Tempah kumpulan persembahan
  • Tempah penginapan untuk tetamu
  • Tempah kenderaan untuk majlis perkahwinan dan majlis bertandang.
  • Tempah penggubah hantaran
  • Beli barang hantaran
  • Hadiri kursus perkahwinan
  • Buat pemeriksaan kesihatan (HIV)
  • Buat rawatan muka

EMPAT BULAN SEBELUM MAJLIS
  • Pilih dan tempah kad jemputan
  • Sediakan peta lokasi
  • Beli cincin perkahwinan
  • Tempah atau beli cenderahati untuk tetamu
  • Tempah atau beli corsage untuk ahli keluarga dan penanggah
  • Tinjau gerak kerja pereka pakaian
  • Tinjau lokasi majlis
  • Beli hadiah untuk ibu bapa dan mereka yang terlibat dalam gotong royong
  • Beli hadiah istimewa untuk bakal pasangan (selain hantaran)
  • Pastikan semua kelengkapan perkahwinan telah ditempah
  • Bayar deposit (jika perlu)

TIGA BULAN SEBELUM MAJLIS
  • Serahkan borang permohonan perkahwinan yang lengkap kepada Pejabat Agama Negeri masing masing
  • Sediakan senarai tugasan untuk ahli keluarga
  • Sahkan tempahan pakej juruandam
  • Sahkan tempahan penggubah bunga dan penghias lokasi majlis
  • Sahkan tempahan pengacara majlis / DJ
  • Sahkan tempahan pakej jurufoto dan juruvideo
  • Sahkan tempahan kedai bunga serta penghias lokasi majlis
  • Sahkan tempahan kek pengantin
  • Sahkan tempahan kumpulan persembahan
  • Sahkan tempahan penginapan untuk tetamu
  • Sahkan tempahan percutian bulan madu
  • Serahkan barang hantaran kepada penggubahnya (kecuali makanan)
  • Buat temujanji dengan katerer untuk bincang menu dan merasa makanan
  • Buat tempahan untuk melakukan spa
  • Pilih studio yang sesuai untuk gambar potret
  • Pilih senarai lagu / nasyid
  • Tulis alamat tetamu pada kad jemputan
  • Mula membungkus cenderahati tetamu

DUA BULAN SEBELUM MAJLIS
  • Hubungi Jabatan Agama Negeri untuk menyemak status permohonan nikah
  • Pos kad undangan bagi saudara atau rakan yang jauh
  • Bincang aturcara majlis bersama penyelaras majlis atau perunding majlis perkahwinan.
  • Bincang aturcara dan skrip ucapan bersama pengacara majlis
  • Cetak aturcara majlis
  • Aturkan tempat tinggal bagi saudara dan rakan terdekat yang datang dari jauh
  • Mengaturkan sesi pengambaran di studio
  • Buat temujanji dengan jurusolek untuk mencuba solekan
  • Rancang kedudukan tempat duduk tetamu

SEBULAN SEBELUM MAJLIS
  • Mengirim undangan untuk rakan dan keluarga yang tinggal berdekatan
  • Bincang panduan yang disediakan bersama jurufoto dan juruvideo
  • Bincang senarai tugasan bersama ahli keluarga
  • Buat rawatan muka dan badan
  • Mencuba pakaian termasuk aksesori dan mengambilnya dari pereka
  • Memastikan semua keperluan majlis sudah dibeli, dipinjam atau disewa
  • Sediakan hiasan meja
  • Pastikan cincin anda dalam ukuran yang betul
  • Cuba kasut kahwin dan latih menggayakannya


DUA ATAU TIGA MINGGU SEBELUM MAJLIS
  • Hubungi Pejabat Agama Negeri untuk mengesahkan kehadiran Pendaftar Pernikahan
  • Pastikan semua urusan berkaitan dengan prosedur pernikahan telah selesai
  • Serahkan permohonan cuti kepada majikan
  • Selesaikan semua urusan kerja sebelum bercuti
  • Sahkan jumlah tetamu dan maklumkan pada katerer
  • Aturkan kembali pengangkutan untuk majlis perkahwinan
  • Sahkan semula percutian bulan madu (termasuk tiket penerbangan)
  • Mula kemas beg untuk bulan madu
  • Sediakan duit pembayaran untuk jurunikah, saksi, dan perkhidmatan profesional perkahwinan dalam sampul surat.
  • Tugaskan seseorang untuk memberikan duit pembayaran tersebut

SEMINGGU SEBELUM MAJLIS
  • Pastikan anda sudah bercuti
  • Pastikan pakaian pengantin sudah diambil atau diterima
  • Sahkan kembali semua perkhidmatan perkahwinan yang telah ditempah
  • Sahkan semua perincian dengan katerer
  • Siapkan hantaran dan cenderahati (dalam bentuk makanan)
  • Mulakan kerja kerja menghias pelamin dan bilik tidur
  • Buat rawatan muka dan badan yang terakhir
  • Tugaskan seseorang untuk menjaga barang berharga
  • Sediakan dan pasang papan tanda (petunjuk arah lokasi majlis)
  • Aturkan taklimat tugasan kepada semua pembantu anda
  • Buat raptai untuk majlis resepsi
  • Semak berulang kali senarai ini dan senarai semak keperluan

SEHARI SEBELUM MAJLIS
  • Pastikan barang yang dipinjam /disewa/ditempah sudah diterima
  • Pastikan kerja kerja akhir telah disiapkan oleh pembantu pembantu anda
  • Pakai inai di jari
  • Rehat dan tidur awal!

HARI MAJLIS PERKAHWINAN
  • Bangun awal dan mandi sunat
  • Pastikan ada banyak masa untuk bersiap
  • Pastikan anda makan dan rehat dengan cukup
  • Lalui majlis dengan penuh gembira

Tuesday 25 June 2013

Persediaan Perkahwinan.. ♥

Well, a lot of my friends are getting married this year. So i tot its good to have references and make early planning before the wedding.

Kalo sebut pasal kahwin, isu utama yang akan difikirkan adalah perbelanjaan. Jadi bagaimanakah kita boleh mengurangkan perbelanjaan perkahwinan? Hmm.. jom buat research utk persediaan perkahwinan. First, untuk bakal-bakal pengantin, anda perlu bijak mengumpul maklumat - make sure utk selalu membuat perbandingan harga, belajar dari pengalaman orang/kawan-kawan dan bersiap sedia utk membuat lebih banyak projek DIY!





Cara utk mengurangkan perbelanjaan -
Rentals
DIY
Contest & Promotions
Shopping Sales & Expo