6 HINGGA 12 BULAN SEBELUM MAJLIS
- Pilih tarikh dan waktu bernikah
- Pilih tarikh dan waktu majlis resepsi dan jamuan makan
- Pilih tarikh dan waktu majlis bertandang
- Pilih lokasi majlis
- Pernikahan
- Resepsi
- Bertandang
- Tetapkan tema majlis
- Anggarkan jumlah tetamu dan mula kumpul nama tetamu
- Rancang aturcara majlis
- Uruskan bajet
- Hubungi kadhi dan Pejabat Agama Islam
- Hubungi saksi pernikahan
- Pilih tempat kursus perkahwinan
- Tempah lokasi majlis berlangsung
- Upah perunding majlis perkahwinan
- Pilih juruandam
- Pilih pengapit, pengiring serta pengacara majlis
- Pilih katerer
- Pilih jurufoto dan juruvideo
- Pilih kedai bunga serta penghias lokasi majlis
- Pilih cincin pernikahan
- Pilih kumpulan persembahan
- Pilih kek pengantin
- Bincang rekaan baju
- Bincang barang hantaran.
- Pilih penggubah hantaran
- Rancang destinasi bulan madu
- Rancang tempat tinggal selepas berkahwin
LIMA BULAN SEBELUM MAJLIS
- Himpunkan senarai tetamu
- Tempah baju majlis pernikahan dan resepsi (termasuk aksesori)
- Tempah destinasi bulan madu
- Tempah juruandam
- Tempah penggubah bunga dan penghias lokasi majlis
- Tempah pengacara majlis / DJ (termasuk PA sistem)
- Tempah katerer
- Tempah jurufoto dan juruvideo
- Tempah kedai bunga serta penghias lokasi majlis
- Tempah cincin perkahwinan
- Tempah kek pengantin
- Tempah kumpulan persembahan
- Tempah penginapan untuk tetamu
- Tempah kenderaan untuk majlis perkahwinan dan majlis bertandang.
- Tempah penggubah hantaran
- Beli barang hantaran
- Hadiri kursus perkahwinan
- Buat pemeriksaan kesihatan (HIV)
- Buat rawatan muka
EMPAT BULAN SEBELUM MAJLIS
- Pilih dan tempah kad jemputan
- Sediakan peta lokasi
- Beli cincin perkahwinan
- Tempah atau beli cenderahati untuk tetamu
- Tempah atau beli corsage untuk ahli keluarga dan penanggah
- Tinjau gerak kerja pereka pakaian
- Tinjau lokasi majlis
- Beli hadiah untuk ibu bapa dan mereka yang terlibat dalam gotong royong
- Beli hadiah istimewa untuk bakal pasangan (selain hantaran)
- Pastikan semua kelengkapan perkahwinan telah ditempah
- Bayar deposit (jika perlu)
TIGA BULAN SEBELUM MAJLIS
- Serahkan borang permohonan perkahwinan yang lengkap kepada Pejabat Agama Negeri masing masing
- Sediakan senarai tugasan untuk ahli keluarga
- Sahkan tempahan pakej juruandam
- Sahkan tempahan penggubah bunga dan penghias lokasi majlis
- Sahkan tempahan pengacara majlis / DJ
- Sahkan tempahan pakej jurufoto dan juruvideo
- Sahkan tempahan kedai bunga serta penghias lokasi majlis
- Sahkan tempahan kek pengantin
- Sahkan tempahan kumpulan persembahan
- Sahkan tempahan penginapan untuk tetamu
- Sahkan tempahan percutian bulan madu
- Serahkan barang hantaran kepada penggubahnya (kecuali makanan)
- Buat temujanji dengan katerer untuk bincang menu dan merasa makanan
- Buat tempahan untuk melakukan spa
- Pilih studio yang sesuai untuk gambar potret
- Pilih senarai lagu / nasyid
- Tulis alamat tetamu pada kad jemputan
- Mula membungkus cenderahati tetamu
DUA BULAN SEBELUM MAJLIS
- Hubungi Jabatan Agama Negeri untuk menyemak status permohonan nikah
- Pos kad undangan bagi saudara atau rakan yang jauh
- Bincang aturcara majlis bersama penyelaras majlis atau perunding majlis perkahwinan.
- Bincang aturcara dan skrip ucapan bersama pengacara majlis
- Cetak aturcara majlis
- Aturkan tempat tinggal bagi saudara dan rakan terdekat yang datang dari jauh
- Mengaturkan sesi pengambaran di studio
- Buat temujanji dengan jurusolek untuk mencuba solekan
- Rancang kedudukan tempat duduk tetamu
SEBULAN SEBELUM MAJLIS
- Mengirim undangan untuk rakan dan keluarga yang tinggal berdekatan
- Bincang panduan yang disediakan bersama jurufoto dan juruvideo
- Bincang senarai tugasan bersama ahli keluarga
- Buat rawatan muka dan badan
- Mencuba pakaian termasuk aksesori dan mengambilnya dari pereka
- Memastikan semua keperluan majlis sudah dibeli, dipinjam atau disewa
- Sediakan hiasan meja
- Pastikan cincin anda dalam ukuran yang betul
- Cuba kasut kahwin dan latih menggayakannya
DUA ATAU TIGA MINGGU SEBELUM MAJLIS
- Hubungi Pejabat Agama Negeri untuk mengesahkan kehadiran Pendaftar Pernikahan
- Pastikan semua urusan berkaitan dengan prosedur pernikahan telah selesai
- Serahkan permohonan cuti kepada majikan
- Selesaikan semua urusan kerja sebelum bercuti
- Sahkan jumlah tetamu dan maklumkan pada katerer
- Aturkan kembali pengangkutan untuk majlis perkahwinan
- Sahkan semula percutian bulan madu (termasuk tiket penerbangan)
- Mula kemas beg untuk bulan madu
- Sediakan duit pembayaran untuk jurunikah, saksi, dan perkhidmatan profesional perkahwinan dalam sampul surat.
- Tugaskan seseorang untuk memberikan duit pembayaran tersebut
SEMINGGU SEBELUM MAJLIS
- Pastikan anda sudah bercuti
- Pastikan pakaian pengantin sudah diambil atau diterima
- Sahkan kembali semua perkhidmatan perkahwinan yang telah ditempah
- Sahkan semua perincian dengan katerer
- Siapkan hantaran dan cenderahati (dalam bentuk makanan)
- Mulakan kerja kerja menghias pelamin dan bilik tidur
- Buat rawatan muka dan badan yang terakhir
- Tugaskan seseorang untuk menjaga barang berharga
- Sediakan dan pasang papan tanda (petunjuk arah lokasi majlis)
- Aturkan taklimat tugasan kepada semua pembantu anda
- Buat raptai untuk majlis resepsi
- Semak berulang kali senarai ini dan senarai semak keperluan
SEHARI SEBELUM MAJLIS
- Pastikan barang yang dipinjam /disewa/ditempah sudah diterima
- Pastikan kerja kerja akhir telah disiapkan oleh pembantu pembantu anda
- Pakai inai di jari
- Rehat dan tidur awal!
HARI MAJLIS PERKAHWINAN
- Bangun awal dan mandi sunat
- Pastikan ada banyak masa untuk bersiap
- Pastikan anda makan dan rehat dengan cukup
- Lalui majlis dengan penuh gembira
salam kak, nak tanya. kalau total semua skali anggaran untuk majlis yg meriah tapi sederhana berapa ribu eh untuk kedua-dua belah pihak? kalau nikah kat masjid, sanding kat dewan, masjid tu selalunya berapa pulak sewa dia? harap dapat jawab. terima kasih.
ReplyDeleteWsalam Waniey,
DeleteSo far sy pernah survey harga nikah di Masjid Besi Putrajaya.. RM100 - tidak termasuk upah saksi & jurunikah (maaf masjid lain sy tk pasti). Utk total anggaran majlis kedua-dua belah pihak pula kalo kira sekali mcm terlalu banyak tp ikut pemerhatian sy kebanyakkn org spend dalam purata 30-40k utk 1 majlis.
Kalo boleh Waniey estimate dl berapa budget (cth 20k atau 30k - tidak termasuk duit hantaran). Kemudian ape yg tk perlu boleh ditolak. Yg lelaki agak banyak juga.. Mungkin 10k duit hantaran + 20k utk utk majlis menyambut.. Kalo nk jimat sbnrnye kenduri boleh buat skali & sambutan boleh wat lebih meriah ;)
terima kasih. sangat membantu.byk jugak nak pakai untuk kahwin. kena saving lebih mcm ni. huhu
DeleteTUMPANG IKLAN...
ReplyDelete~~KAMBING BBQ GOLEK 3 EKOR HANYA RM1000~~
MENU UTAMA
Nasi Beriani / Nasi Arab (BERAS PUSA)
Daging Dendeng ASC / Daging Rendang Serai
Ayam Masak Merah / Ayam Palembang
Sambal Sotong Kering
Masak Lemak Nenas Ikan Masin
Dalca Sayur
Acar Buah
Ulaman & Sambal Belacan
Ikan Masin Goreng
Buah Tembikai Merah / Oren Sunkist
Air Kordial Oren Sunquick
Air Minuman
TIT BITS CORNER - 400pax
Air Teh Tarik, Cendol (Siap Bancuh)
Bubur (Kacang Hijau / Pulut Hitam)
Kuih Manis / Kuih Pedas
HIDANGAN ISTIMEWA MAKAN BERADAP
Siakap Sweet Sour, Ayam Golek Madu
Butter Prawn, Puding Karamel
Buah-Buahan, Jus Buah, Air Minuman
PELENGKAP MAJLIS
1 Set Meja Makan Beradap Beserta Dekorasi
1 Pasang Kerusi Pengantin
8 Unit Kerusi Banquet Bersarung & Riben
4 Set Dome VIP Beserta Peralatan
30 Unit Meja Bulat Beserta Alas & Runner
300 Unit Kerusi Plastik (Sarung & Riben)
Centre Peace Setiap Meja Tetamu
2 Buffet Station Beserta Dekorasi
Peralatan Buffet Golden Bell
1 Unit Meja Hadiah
1 Unit Meja Door Gift
1 Unit Meja Tit Bits
PA System & Deejay
Kompang
12 Orang Pramusaji
1 Orang Ketua Pramusaji
KELENGKAPAN PELAMIN / BUSANA
Pelamin Dewan, Kerusi Pengantin,
Bekas Merenjis,, Walk Way 6 Unit,
Pintu Gerbang, Karpet Merah 80 Kaki,
Sepasang Persalinan Sanding L&P,
Bantal Nikah, Mekap, Hand Bouquet.
KEK PENGANTIN
Kek Fondant / Fresh Cream - 3 Tingkat
Meja Kek Beserta Dekorasi
PHOTOGRAPHY (NIKAH & SANDING)
1 Sesi Outdoor, Softcopy Thumbdrive,
1x Crystal Album 8" x 24"
1x Photo Frame 16" x 24"
1x Photo Frame 8" x 12"
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan boleh hubungi pihak kami kembali:
IzA (012-4110390)- WhatsApp pon boleh =)
of course like your web-site however you need to test the spelling on quite a few of your posts. Many of them are rife with spelling problems and I to find it very bothersome to tell the reality on the other hand I will surely come again again. chicago wedding dj
ReplyDelete